Wednesday, February 7, 2018

Penghijrahan Pertama Kiyai

     Setelah tamat pengajian di KUiTTHO sekitar tahun 2004...tak buat apa2...duduk rumah..petang2 main takraw. Sebagai Tekong berbisa..Kiyai bnyak habiskan masa main takraw di Muar..tapi sayang, tak ramai anak muda yang betul-betul boleh main... Jadi Kiyai biasa main di gelanggang2 disekitar Muar terutamanya Gelanggang Parit Punggor Darat dan Gelanggang Kuartes JKR, Jln Khalidi dan Gelanggang Depoh Trafik Muar.. kat gelanggang2 ni kita dpt pengalaman main dengan otai-otai takraw di Muar.. Diantaranya Arab bekas Tekong Johor, Pak Ya LLN, Ripin  LLN, Cikgu Lokman dan ramai lagi..

   Duduk x duduk....maka sampailah surat posting...fuhhhhh..Kiyai di arahkan Posting ke Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Mak aiiiii jauh tuuuuu... Blurrr sekejap...tak tau nak buat apa..bagitau kat makabah...diaorg ckp jgn risau..kita jumpa Pak Ngah Dr. Islahudin Baba.. siapa dia ni..? Dr. Islah ni anak sedara mak aku dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan.. fuhhhh lega ada kabel.. Dalam kepala nak mintak dia tolong postingkan aku ke Politeknik Merlimau..hhahaha.. dekat sikit..berulang je dari Muar. Konfiden je mcm boleh dapat..

Apakan daya, perancangan ALLAH lebih baik....usaha guna KABEL aku gagal..

So mcm mana ni..kena pergi jugak nampaknya..Kiyai ambil keputusan untuk pergi juga ke Pulau Pinang..Sebelum pergi Kiyai kongsikan beberapa langkah yang perlu diambil jika anda diarahkan POSTING ke Politeknik yang jauh, tiada sedara mara apatah lagi ibubapa tempat bergantung..

Tips 1.
Jangan Panik
Tarik nafas dalam-dalam...Redho ini adalah ketentuan ALLAH. Mungkin ada Hikmah disebalik penghijrahan ini..

Tips 2.
Rayuan
Walaupun Redho...tapi usahakan rayuan.. kita ada HAK untuk merayu. Nak merayu dengan sape..? merayulah dengan Bahagian Kerjaya dan Profesionalisme, JPP atau BKPRO. Ikutlah di Jabatan atau Kementerian mana korang berkhidmat..dalam konteks Kiyai...Kiyai duduk dibawah Jabatan Pengajian Politeknik.

Tips 3.
Hubungi PET (Pembantu Tadbir Eksekutif)
Macam mana nak dapat no telefon tempat bertugas baharu ? Mudah sahaja, search laman web Poli kat internet.. semua maklumat kita boleh dapat dalam web tu.. explore lebih sikit..tengok2 mana tahu ada senior2 yang kenal bertugas kat sana. Dah dapat no telefon Poli terbabit..terus call dan bercakap dengan PET tentang kedatangan anda.

Tips 4.
Apa nak tanya dengan PET
Haaa...ni pun penting.. apa ekkk nak tanya..?
1- Tanya berkenaan dengan penangguhan tarikh lapor diri
2 - Tanya berkenaan tempat penginapan samada Poli boleh sediakan kuartes atau tidak
3 - Kalau naik kapalterbang, adakah pemandu disediakan untuk ambil kita kat airport.

Tips 5.
Cuba roger kawan2...kot2 ada yang dapat posting ke Politeknik yang sama
Haaa...ni pun berguna jugak...roger kawan2..kalau ada yang dapat posting ke Politeknik yang sama..boleh lapor diri sekali.. X lah rasa SENGAL sangat nanti..kikiki

Ada lagi ke nak tambah.... kalau korang ada boleh tambah di ruangan KOMEN..